Wikipedia

Hasil carian

Khamis, 6 April 2017

alhamdulillah mari kita mulakan tafsiran al quran dengan menafsir ayat al quran yang pertama dalam surah al fatihah iaitu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ                            

ayat ini menurut pandangan yang lebih rajih adalah merupakan salah satu daripada ayat al quran dan menjadikan surah al fatihah tujuh ayat semuanya

memulakan sesuatu bacaan al quran dengan nama Allah adalah merupakan satu adab yang besar menurut ulamak sebagaimana firman Allah dalam surah al a'laq

                      ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"

perkara ini telah disepakati oleh para ulama' thabit daripada wahyu di atas

jelas dalam ini beberapa iktibar yang dapat dikutip mutiaranya oleh kita semua

1. hendaklah kita memulakan sesuatau dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung tanda ingat kita kepadaNya

2. sesungguhnya Allah bersifat dengan al rahman dan al rahim yang bermaksud segala kasih sayang dan belas kasih dalam apa jua cakupannya. 

3. wujudnya dua perkara melambangkan kepada kita akan wujudnya hubungan yang kuat antara Allah sebagai pencipta dan hamba hambanya.

dijelaskan oleh para ulama' kedua dua nama al rahman dan al rahim adalah berasal daripada satu iaitu al rahmah

sifat al rahman Allah adalah lebih luas kepada semua makhluknya manakala sifat al rahim Allah dikhususkan bagi orang yang beriman sahaja sebagaimana firman Allah dalam surah al ahzab ayat 43
                            وَڪَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَحِيمً۬ا
dan Dialah yang Maha Penyayang kepada orang orang yang beriman

diriwayatkan pula daripada ibn mubarak bahawa yang dimaksudkan dengan dua sifat ini ialah

1. al rahman : jika diminta maka Ia akan memberi
2. al rahim : jika permohonan tidak diajukan kepadaNya maka Dia akan murka

ini dijelaskan daripada satu hadis yang bermaksud

"barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia akan murka kepadanya"

0 ulasan:

Catat Ulasan