Wikipedia

Hasil carian

Khamis, 6 April 2017

alhamdulillah mari kita mulakan tafsiran al quran dengan menafsir ayat al quran yang pertama dalam surah al fatihah iaitu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ                            

ayat ini menurut pandangan yang lebih rajih adalah merupakan salah satu daripada ayat al quran dan menjadikan surah al fatihah tujuh ayat semuanya

memulakan sesuatu bacaan al quran dengan nama Allah adalah merupakan satu adab yang besar menurut ulamak sebagaimana firman Allah dalam surah al a'laq

                      ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"

perkara ini telah disepakati oleh para ulama' thabit daripada wahyu di atas

jelas dalam ini beberapa iktibar yang dapat dikutip mutiaranya oleh kita semua

1. hendaklah kita memulakan sesuatau dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung tanda ingat kita kepadaNya

2. sesungguhnya Allah bersifat dengan al rahman dan al rahim yang bermaksud segala kasih sayang dan belas kasih dalam apa jua cakupannya. 

3. wujudnya dua perkara melambangkan kepada kita akan wujudnya hubungan yang kuat antara Allah sebagai pencipta dan hamba hambanya.

dijelaskan oleh para ulama' kedua dua nama al rahman dan al rahim adalah berasal daripada satu iaitu al rahmah

sifat al rahman Allah adalah lebih luas kepada semua makhluknya manakala sifat al rahim Allah dikhususkan bagi orang yang beriman sahaja sebagaimana firman Allah dalam surah al ahzab ayat 43
                            وَڪَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَحِيمً۬ا
dan Dialah yang Maha Penyayang kepada orang orang yang beriman

diriwayatkan pula daripada ibn mubarak bahawa yang dimaksudkan dengan dua sifat ini ialah

1. al rahman : jika diminta maka Ia akan memberi
2. al rahim : jika permohonan tidak diajukan kepadaNya maka Dia akan murka

ini dijelaskan daripada satu hadis yang bermaksud

"barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia akan murka kepadanya"

Hafazan

1.0 PENGENALAN
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup manusia.Justeru, ia perlu dibaca, dikaji dan ditelaah sepanjang masa agar kehidupan kitab benar-benar terpimpin dibawah naungan al-Quran.Antara cara yang berkesan bagi memangkinkan seseorang itu mudah berhubung dengan al-Quran ialah melalui aktiviti hafazan.Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar sememangnya masih jernih dan bersedia untuk menerima sesuatu yang baru.

Pelajar merupakan satu asset yang amat berharga buat pembangunan dan kemajuan sesebuah institusi dan negara.Pelajar mampu menghasilkan suatu perubahan jika dibimbing dan diberikan kemahiran yang sewajarnya.Pelajar juga adalah generasi penyambung bagi membentuk masyarakat di masa depan.

Dunia kini memaparkan pelbagai ragam dan kerenah pelajar dalam menongkah arus pendidikan yang deras dengan perubahan-perubahan yang kian menerpa.Situasi ini dapat digambarkan seperti lagak seorang pendayung sampan mengharungi ombak.Ada yang berjaya mendayung ketepian dan ada juga yang karam ditengah lautan.Dalam usia rebung pelajar inilah seharusnya dimanfaatkan untuk menelaah, menghafaz dan memahami setiap bait huruf kalam Allah yang merupakan amanat agung ummat Nabi Muhammad s.a.w.Ternyata tiadanya peluang, semangat, disamping kurangnya bimbingan dan pendedahan terhadap kepentingan al-Quran sebagai kitab mulia yang menjadi rujukan utama umat islam ini menyebabkan golongan pelajar tidak mengetahui bagaimana cara untuk memahami dan menghafaz al-Quran menyebabkan mereka merasa hafazan al-Quran adalah satu aktiviti yang amat sukar.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, ramai ibubapa yang menginginkan anak-anak mereka menghafaz al-Quran.Namun begitu, tanpa peluang yang sesuai, kaedah dan teknik yang betul, usaha menghafaz yang dicuba tidak mencapai apa yang diinginkan.Menghafaz al-Quran adalah suatu pekerjaan yang sangat berat, kerana orang yang mencemburi dunia menghafaz al-Quran mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hafalannya sepanjang masa.Sebagai contoh, orang yang melanjutkan bidang akademik akan berakhir setelah ia memperoleh Doktor Falsafah atau Phd.Namun orang yang ingin menjadi seorang al-Hafiz tidak akan dibenarkan berhenti setelah dia berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran.Apapun beratnya sesuatu pekerjaan akan menjadi ringan sekiranya seseorang itu sememangnya mempunyai niat yang kental dan azam yang kuat.Pepatah melayu menyebut,”Nak seribu cara, Tak Nak Seribu Dalih”.

2.0 PENGERTIAN HAFAZAN

Pengertian “ hafazan “ diambil dari perkataan “ hafaz” yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran ( ayat al-Quran dan lain-lain ) dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya..Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.

Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau ( hifz ) dalam Bahasa Arab.Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara.Justeru, orang yang menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang.Ia menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang.Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 9:

Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf”. ( Riwayat Ibnu Mas’ud ).


3.0 SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN HAFAZAN SEMASA NABI MUHAMMAD S.A.W MENERIMA WAHYU

Menghafaz al-Quran bukan perkara baru.Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz.Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang pertama menghafaz al-Quran.Dengan demikian baginda s.a.w digelar saiyidul Hufaaz ( Penghulu bagi penghafaz al-Quran ).Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.Ketika Rasulullah s.a.w berumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’, Allah SWT telah memerintahkan Jibrail a.s untuk mengajarkan al-Quran kepada baginda. Ayat pertama yang dibaca ialah ‘iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh malaikat Jibrail a.s dan kemudian dibaca kembali oleh baginda secara hafazan.
Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah, baginda Nabi Muhammad s.a.w menerima al-Quran dari malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan.

Rasulullah s.a.w mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz al-Quran. Disamping kebijaksanaan yang dimiliki, baginda Rasulullah s.a.w amat bersungguh-sungguh berusaha memastikan segala ayat-ayat al-Quran yang diterimanya itu dapat dihafaz dan diingat dengan baik.Bacaan Rasulullah s.a.w bukanlah hafazan semata-mata, tetapi bacaan untuk difahami dan diingati.

Pada awal penurunan wahyu, Rasulullah s.a.w sentiasa menggerakkan lidahnya mengulangi ayat-ayat al-Quran walaupun ayat tersebut belum sempurna dibaca oleh Jibrail a.s. Ini meganggu bacaan Jibrail a.s. Baginda bersungguh-sunggh melakukan itu hanya kerana mahu segera mengingati ayat-ayat tersebut dan bimbang ayat tersebut mungkin dilupanya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qiyamah ayat 17-19:




Maksudnya: “ Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk membaca al-Quran kerana hendak cepat-cepat ( menguasai) nya. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya ( di dalam ) dan membuatmu pandai membacanya. Apabila kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.”


Rasulullah s.a.w juga sentiasa membasahkan bibirnya dengan al-Quran samaada dalam sembahyang, tahajjud, sewaktu baginda keseorangan atau bersama para sahabat, semasa dalam kesusahan atau kesenangan. Seterusnya, Rasulullah s.a.w mengajar al-Quran kepada para sahabatnya juga menerusi hafazan.Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit tentunya ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikannya kepada para sahabat yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya.
Penyampaian al-Quran secara sedikit demi sedikit telah dipraktikkan oleh jibrail a.s kepada Rasulullah s.a.w. Caranya dengan memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum menghafaznya. Hadis yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab r.a dengan kata beliau:

“ Pelajari al-Quran lima ayat demi lima ayat, kerana sesungguhnya Jibrail menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w lima ayat demi lima ayat”.
( Hadis riwayat al-Bai haqi ).

Setiap hari baginda Rasulullah s.a.w akan membaca al-Quran yang diterimanya pada malam hari sebelumnya serta menghuraikan maksudnya. Disamping itu, baginda manasihatkan sahabat-sahabatnya supaya menghafaz ayat-ayat yang telah dibacakan itu dan seterusnya mengamalkan perintahnya. Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka mengulang-ulang secara istiqamah sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam harinya. Seterusnya sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya yang lain.
Rasulullah s.a.w adalah contoh terunggul dalam sejarah menghafaz al-Quran. Baginda bertadarus dengan Jibrail a.s setiap kali datangnya bulan ramadhan. Amalan tersebut dilakukan secara berterusan dan ia adalah sunnah yang perlu diikuti oleh muslim.


4.0 KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Menghafaz al-Quran adalah ibadat dan ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah s.w.t kerana kelebihan menghafaz al-Quran sama nilainya dengan nikmat kenabian, Cuma bezanya tidak diberi wahyu. Sabda Rasulullah s.a.w :

من قرا القران فقد استد رج النبو ة بين جسنه غير أنه لا يوحى ا ليه لا ييفي لصاحب القران أن يجد مع من وجد ولا يجهل مع من يجهل و في جو فه كلا م الله.

Terjemahanya: “ Barangsiapa yang membaca ( menghafaz ) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al-Quran berada dalam dadanya”. ( Hadith Riwayat Hakim ).

Dengan sebab itu, ia mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah:

4.1 Dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah hadith Rasullullah s.a.w yang berbunyi:

من قرا القرا فا ستظهر ه فأ حل حلا له وحرم حرامه أ دخله الله أ جته وشععه في عشر ة من اهل بيته كلهم قد و جبت لهم النا ر.

Terjemahannya: “ Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran ( mengamalkannya ) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran ( meninggalkannya ) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.
( Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi ).

4.2 Diberi nikmat di alam kubur meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dasyat dan jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain tidak terkecuali daripadanya.

4.3 Mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad s.a.w. Penghargaan seumpama ini pernah diberikan oleh baginda ketika pengkebumian para syuhada’ yang hafaz al-Quran seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“ Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya ,” Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling banyak menghafaz al-Quran ?” Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, “ Aku menjadi saksi terhadap mereka”. ( Hadith Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan nasa’I ).

4.4 Ibubapa yang berusaha menjadikan anaknya sebagai hafiz akan mendapat ketinggian martabat di akhirat.Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia akan dipakaikan pada hari kiamat dengan mahkota dari cahaya yang mana cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka mereka berdua bertanya, “ Dengan sebab apakah kami pakaikan dengan perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al-Quran oleh anakmu”. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ).

4.5 Para hafiz akan diseru pada masa itu supaya terus menaiki tingkat syurga mengikut kadar bilangan ayat al-Quran yang telah dibacanya semasa di dunia.

4.6 Selalu dilindungi oleh Allah.
4.7 Menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia.
4.8 Tidak merasa takut pada hari kiamat.
4.9 Doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
4.10 Merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Oleh itu, para hufaz bukan sahaja dipandang mulia di dunia, malah di akhirat kelak mereka akan turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada Allah s.w.t.Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w menganggapkan orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w bermaksud:
“ Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hamper runtuh”. ( Hadith Riwayat Tarmizi ).

5.0 KEPENTINGAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Terdapat beberapa kepentingan menghafaz al-Quran. Antaranya ialah:

5.1 Menjaga kemutawiran al-Quran.
Kemutawiran al-Quran bermaksud al-Quran itu sampai kepada kita dengan diriwayatkan oleh sebilangan ramai dan mereka mempunyai sifat dan ciri-ciri yang amanah sehingga tidak diragukan atas kedustaan atau kepalsuan al-Quran itu sendiri. Ulama telah bersepakat bahawa menghafaz al-Quran itu hukumnya adalah fardu kifayah.Seseorang yang berusaha menjadi seorang hafiz bermakna ia telah bersusah payah untuk mengambil bahagian dalam usaha menjaga kemutawiran al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 120:

 
Maksudnya: “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka……..”

5.2 Meningkatkan kualiti umat.
Hafalan al-Quran membantu seseorang dalam mempelajari dan memahami seluruh ilmu berkaitan dengan islam dari segi akidah, syariah dan akhlak. Tujuannya untuk meningkatkan kualiti keilmuan umat islam agar mampu menjadikan al-Quran sebagai garis panduan dalam kehidupan. Semakin seseorang itu membaca, mempelajari dan menghafaz berbagai ayat atau surah semakin berkualitilah kehidupannya dalam menjalankan syariat islam.

5.3 Menjaga terlaksananya sunah-sunah Rasulullah s.a.w.
Sebahagian ibadah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w berkait rapat dengan hafalan al-Quran. Terdapat banyak hadis yang menerangkan bacaan yang disunatkan dan digalakkan di dalam sembahyang berkaitan dengan sunah-sunah tertentu dalam al-Quran. Misalnya dalam solat jumaat, Nabi Muhammad s.a.w sering membaca surah Al-A’la dan Al-Ghasyiyah atau kadang kala membaca surah Al-Jumuah dan Al-Munafiqun. Jadi jelaslah kepada kita, menghafaz al-Quran bererti juga satu usaha menjamin terlaksananya sebahagian sunah-sunah Rasulullah s.a.w.

5.4 Menjauhkan seorang mukmin dari perkara yang melalaikan.
Orang mukmin yang sejati adalah seorang yang berjaya dan mampu menjauhkan diri dari perkara-perkara yang tidak berfaedah. Al-Quran juga menerangkan bahawa ciri-ciri mukmin yang beruntung atau berjaya adalah yang mampu menjauhkan diri dari perkara yang melekakan. Firman Allah s.w.t surah Al-Mukminun ayat 1-3:
‰s% yxn=øùr& tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÈ tûïÏ%©!$# öNèd ’Îû öNÍkÍEŸx¹ tbqãèϱ»yz ÇËÈ tûïÏ%©!$#ur öNèd Ç`tã Èqøó¯=9$# šcqàÊ̍÷èãB ÇÌÈ
Maksudnya: “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman ( iaitu ) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari
( perbuatan dan perkataan ) yang tiada berguna”.

5.5 Memelihara kesucian moral dan sosial dalam masyarakat.
Di zaman yang penuh cabaran ini, masyarakat memerlukan suatu jalan bagi membendung masalah social dalam masyarakat hari ini.Aktiviti penghafazan al-Quran dapat menangani gejala keruntuhan moral dan social. Sebagaimana firman Allah s.w.t surah Saba’ ayat 15

 
Maksudnya:…………( negerimu ) adalah negeri yang terbaik dan ( Tuhanmu ) adalah tuhan yang maha pengampun”.

Seseorang yang asyik dengan pengajian dan penghafazan al-Quran akan terselamat daripada kelalaian dan kemaksiatan kerana penumpuan hati manusia tidak mampu mengumpul dua perkara bertentangan dalam satu masa. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 4:

 
Maksudnya: “ Allah tidak sekali-kali menjadikan dua hati bagi seorang dalam dirinya…….”.


6.0 PERINGKAT HAFAZAN

Dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran, terdapat tiga peringkat hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat baru ( Hifz jalid ), peringkat mengulang-ulang hafazan lepas
( sabaq ) dan peringkat mengekalkan hafazan yang sedia ada ( muraj ‘ah/ I’adah ).

6.1 Mengekalkan ayat-ayat al-Quran baru ( Hifz jadid ) adalah menghafaz ayat-ayat yang belum pernah dihafaz. Dalam kaedah menghafaz ayat-ayat baru, terdapat dua peringkat yang perlu dilakukan iaitu peringkat sebelum dan semasa menghafaz.

6.1.1 Peringkat sebelum menghafaz.
Peringkat ini penting kerana ia akan membantu seseorang semasa menghafaz ayat-ayat al-Quran. Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menghafaz ialah khatam al-Quran, mengkhususkan satu mashaf al-Quran sahaja, menentukan kadar hafazan, susunkan ayat atau juzuk yang hendak dihafaz dan tidak berpindah ke ayat
( hafazan ) baru sehingga betul-betul lancar.

6.1.2 Peringkat ketika menghafaz.
Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa peringkat menghafaz ialah membaca doa sebelum menghafaz, memilih tempat yang sesuai seperti jauh dari kebisingan, bersih dan suci dari kotoran dan najis dan gangguan lain seperti hampir dengan telefon dan sebagainya.Pilih masa yang sesuai dan lancarkan bacaan ayat-ayat dan surah-surah yang akan dihafaz dan setelah bacaan lancar barulah mula menghafaz. Setelah menghafaz beberapa ayat hendaklah diulang balik dan jika penat berhenti rehat dan teruskan hafazan.

7.0 KAEDAH-KAEDAH DAN METODOLOGI HAFAZAN

Dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi memudahkan penghafazan. Antaranya ialah :-

7.1 Memahami ayat-ayat yang akan dihafaz.
Kaedah ini kebiasaannya sesuai dengan mereka yang memahami Bahasa Arab dengan baik. Ini kerana ayat-ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu. Hal ini dilakukan dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-Quran supaya ketika menghafaz, kita akan terasa maknanya meresap ke dalam hati. Setelah memahami, bacaan tadi perlulah berulang -ulang kali supayaa dapat mengingatinya.

7.2 Mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz.
Kaedah ini kurang membebankan kerana seseorang tidak perlu menggunakan seluruh akal fikirannya. Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu penghafaz perlu membuat bacaan ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang- ulang.

7.3 Mendengar sebelum menghafaz.
Ramai dikalangan penghafaz yang menggemari kaedah ini kerana ia tidak terlalu memberi tekanan fikiran kepada penghafaz untuk mengingatinya. Penghafaz hanya perlu mendengar dengan serius bacaan setiap ayat yang hendak dihafaz melalui kaset-kaset rakaman tilawah al-Quran yang diakui kesahihannya dan mendengar secara berulang-ulang. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci kepada para makmum dibelakangnya.

7.4 Menulis sebelum menghafaz.
Cara ini sering digunakan oleh para ulama pada zaman dahulu dengan menulis terlebih dahulu setiap ilmu tersebut sebelum menghafaznya.

7.5 Menggambarkan ayat yang hendak dihafaz dalam ingatan.
Semasa proses menghafaz, seseorang itu hendaklah mengusahakan supaya ayat-ayat yang dihafaz beserta tulisannya dapat digambarkan dalam ingatan.Penghafaz juga hendaklah memastikan supaya setiap kepala ayat di awal dan di akhir setiap muka surat dapat digambarkan dalam ingatan.

KAEDAH MENGULANGKAJI HAFAZAN.
Takrir atau muraja’ah bermakna mengulang-ulang. Maksud kaedah ini ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz al-Quran untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalkan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan. Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan masing-masing. Terdapat dua bahagian mengulangi hafazan yang masih baru dan mengulangi hafazan yang telah lama diperolehi.

KAEDAH MENGEKALKAN HAFAZAN
Pengekalan hafazan merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz, al-Quran adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan mengekalkan hafazan ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz, mengulang bersama orang lain, selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat dan menyertai musabaqah.

KAEDAH MENJAGA HAFAZAN LAMA
Bagi seorang hafiz yang telah rasikh hafazannya, kekuatan mengulang bergantung kepada kekuatan daya ingatan yang dimiliki. Secara umumnya, kekerapan mengulang bagi mereka yang rasikh adalah dua atau tiga kali khatam dalam masa setahun. Adalah menjadi tanggungjawab seorang hafiz untuk mengulang bacaan setiap hari.

KAEDAH MENGULANGKAJI HAFAZAN BARU
Kaedah ini digunakan bagi pelajar yang baru sahaja menghabiskan penghafazan al-Quran atau mereka yang di dalam pertengahan seperti telah memperolehi 15 juzuk ke atas. Contohnya, seorang yang telah menghafaz 15 juzuk, ia mestilah memastikan kesemua 15 juzuk dapat diulang setiap hari. Jika tidak mampu, boleh diselesaikan dalam masa dua atau tiga hari sekali berdasarkan pembahagian berikut: 1.Hari pertama : mengulang lima juzuk yang dianggap lancar dan mudah,
ditambah dua juzuk hafazan yang baru.
2.Hari kedua : mengulang lima juzuk yang dianggap lancar dan mudah
( selain 5 juzuk di atas ), di tambah dua juzuk hafazan yang baru.
3. Hari ketiga : mengulang 5 juzuk dari mana-mana bahagian juzuk yang
dianggap belum lancer dan sukar diingat.


METODOLOGI HAFAZAN

Pada dasarnya setiap seorang hafiz memiliki satu metod atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-Quran mengikut apa yang lebih sesuai dengannya. Terdapat beberapa langkah di dalam menghafaz al-Quran iaitu:

Hendaklah memilih waktu yang paling sesuai untuk menghafaz.
Waktu yang paling sesuai di mana fikiran masih kosong dari berbagai perkara seperti pada tengah malam, selepas solat tahajud atau setelah solat subuh. Pemilihan masa seperti ini sangat berkesan.

Satu ayat demi satu ayat.
Cara menghafaznya hendaklah satu ayat demi satu ayat dilukiskan di dalam fikiran terlebih dahulu sebelum dibaca dengan , sehingga gambaran dan tulisan ayat seakan telah dilukis di dalamnya.Jika dalam keadaan awal sudah baik, bolehlah diulang-ulang beberapa kali dan makin cepat. Jangan berpindah ayat selagi ayat pertama belum lancar.

Mengulang-ulang pada ayat atau kalimah yang sukar.
Pada sesuatu muka surat, biasanya terdapat satu ayat ataupun kalimah
( perkataan ) yang sukar untuk disebut berbanding dengan lainnya.

Kesukaran pada permulaan suatu ayat.
Biasanya pada permulaan suatu ayat terdapat kesukaran di dalam memulakannya sehingga sentiasa lupa ketika mentakrirnya.

Ulangkaji setidak –tidaknya tiga kali sebelum memulakan menghafaz ayat yang berikutnya.
Penghafaz mestilah memastikan hafazan yang baru diperolehi semalam diulangkaji setidak-tidaknya tiga kali sebelum memulakan menghafaz ayat berikutnya.Digalakkan mentakrir hafalan yang baru diperolehi sebanyak lima kali dalam masa 24 jam.


8.0 MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL SEMASA MENGHAFAZ
AL-QURAN

Setelah bergelar seorang hafiz, adalah menjadi tanggungjawab kepada seorang itu untuk memelihara hafazannya supaya tidak hilang atau lupa. Dalam usaha mengejar matlamat menghafaz al-Quran, kita juga harus sentiasa ingat pesanan Allah dalam ayat 37 surah Al-Anbiya’ bahawa manusia itu dijadikan olehNya bersifat gopoh. Satu daripada kaedah untuk mengatasi lupa ialah dengan menerima hakikat kejadian semulajadi kita dan mengurus proses lupa semula jadi yang sedia ada dalam diri kita itu dengan teratur. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah s.w.t. Amaran keras ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadisnya:

Mafhumnya: “ Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit juzam ( kusta ) dengan terpotong-potong tangannya “. ( Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidhi ).

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh seorang hafiz ialah:

8.1 Masalah Dalaman ( Internal ) seorang hafiz al-Quran.

Masalah ini adalah masalah yang wujud dalam diri seorang hafiz al-Quran. Semasa menjalani kehidupan hariannya, godaan dunia dan bisikan syaitan boleh menyebabkan seseorang hafiz lupa diri bahawa dia adalah seorang penghafaz al-Quran. Oleh itu, seorang hafiz perlu mengatasi masalah-masalah dan menjaga dirinya untuk menggelak daripada lupa hafazan. Antaranya ialah:-

8.1.1 Sibuk dengan berbagai urusan dunia.
Orang yang demikian, tidak akan dapat melapangkan masa untuk mengulangkaji hafazan. Dalam mengejar keperluan hidup, seorang hafiz perlulah melapangkan sejumlah masanya setiap hari untuk mengulang bacaan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qiyamah ayat 20-21:


 
Maksudnya: “ Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu ( hai manusia ) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan ( kehidupan ) akhirat”.

Sekiranya kita boleh memperuntukkan 20 minit sehari secara konsisten, tidak kira waktu di mana, kita boleh menghafaz. Contohnya di waktu rehat tengahari, selepas maghrib, sambil menunggu bas, dalam keretapi atau bila-bila masa.

8.1.2 Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa.
Menghafaz dan mengulang-ulang hafazan al-Quran memerlukan kegigihan dan kesabaran berterusan. Semasa al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w yang memerlukan titisan peluh untuk menerimanya, bahkan seorang sahabat pernah merasakan beratnya peha Rasulullah ketika pehanya menjadi sandaran kepada peha Rasulullah ketika baginda menerima wahyu. Oleh itu, kesabaran dan tidak mudah putus asa menjadi sifat kepada seorang yang ingin menghafaz al-Quran.

8.1.3 Niat yang tidak ikhlas.
Dalam menghafaz al-Quran, niat mestilah ikhlas dan niat yang sebaliknya bukan sahaja menghalang kejayaan seseorang bahkan juga mendapat kutukan daripada Allah s.w.t di hari akhirat. Dalam menghafaz, keikhlasan hendaklah berterusan dan ini memberi motivasi untuk mencapai kejayaan sebagai hafiz.

8.2 Masalah Luaran ( External ) seorang hafiz al-Quran.

Di antara masalah-masalah luaran ialah :-

8.2.1 Tidak mampu membaca dengan baik.
Penghafaz yang tidak mampu mmbaca al-Quran dengan baik akan menghadapi dua masalah iaitu masalah membaca dan menghafaz. Oleh itu, sorang hafiz mestilah mampu embacanya dengan baik dengan cara tartil yang bermaksud bacaan dengan betul tajwid, makhraj. Apabila bacaanya baik maka mudahlah baginya untuk menghafaz.

8.2.2 Tidak mampu mengurus masa.
Antara masalah terbesar dalam memulakan menghafaz al-Quran ialah persoalan bagaimana hendak memulakannya. Sesetengah pula tergambar bahawa proses menghafaz al-Quran perlukan banyak masa sedangkan setiap kita sibuk dengan bernagai urusan seperti pekerjaan, pelajaran, profesion atau rumahtangga. Untuk ini penghafaz perlu mendisiplinkan diri melapangkan sebahagian masa untuk menghafaz dan sebaiknya jadikan menghafaz sebagai tugas utama.Oleh sebab itu, di Tahfiz telah disediakan jadual-jadual tertentu untuk hafiz berpeluang menghafaz dengan kesesuaian dirinya.Sekiranya kepentingan al-Quran termaktub dalam jiwa kita, insyaAllah kita akan dapat mengatur waktu walaubagaimana sibuk sekalipun.

8.2.3 Sukar membezakan ayat-ayat mutasyabih.
Al-Quran adalah merupakan mukjizat dari Allah s.w.t, mempunyai ayat-ayat yang sama dari segi makna dan lafaznya. Penghafaz al-Quran perlu memberi perhatian yang khusus terhadap ayat-ayat al-Quran. Kalau ianya tidak diberi perhatian bersungguh-sungguh, ia akan menjadi satu masalah akan menyebabkan hafazan seseorang sering bertukar dan menjadi kucar kacir. Untuk mengatasi masalah ini, para penghafaz perlulah mencari kaedah tersendiri untuk membezakan di antara ayat-ayat al-Quran.

Oleh yang demikian, setiap masalah boleh di atasi jika kita pandai untuk mencari jalan menyelesaikannya bagi mencapai apa yang kita inginkan. Kita perlu menerima hakikat bahawa otak manusia mempunyai had masa untuk menyimpan rekod-rekod. Namun demikian, kadar kekuatan tidak sama antara individu dengan individu yang lain. Yang penting, seorang penghafaz mesti bersungguh-sungguh dan berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan hafazannya.

10.0 PENUTUP

Dapatlah disimpulkan bahawa, dalam usaha mengejar matlamat menghafaz al-Quran, kita juga harus sentiasa ingat pesanan Allah dalam ayat 37 surah al-Anbiyaa’ bahawa manusia itu dijadikan oleh-Nya bersifat gopoh.Salah satunya ialah mahu melihat hasil usaha dalam tempoh yang singkat. Begitu juga hakikat hidup ini, tiada urusan besar atau kecil yang boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa perancangan yang teliti dan pengurusan yang berkesan.Proses penghafazan al-Quran tidaklah terkecuali.Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza.Oleh itu, maha suci Allah yang segala urusan penghafazan berada di tangan-Nya. Oleh yang demikian, membaca al-Quran untuk tujuan menghafaz dengan cara yang betul dan dengan niat yang ikhlas akan menjadi amal soleh yang diberi pahala di sisi Allah.
Membaca al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin.Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Isra ayat 82:

 
Bermaksud: “ Dan kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin”.

Fadilat al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud :”Sesiapa yang mendengar ( bacaan ) satu ayat dari kitab Allah( Al-Quran ), maka ayat itu menjadi nur ( cahaya ) baginya”. Riwayat Ibnu Abbas r.a.

Malah, lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain.Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah.
Kini, banyak tertubuhnya pusat-pusat pengajian dan institusi al-Quran yang memberikan peluang kepada yang ingin mencemburi pengajian tahfiz al-Quran.Apa yang penting keazaman, kesungguhan dan persediaan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

sumber: http://badrizam.blogspot.my

Selasa, 4 April 2017



كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
“Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.” (QS. Al Alaq:15-16)


Ungkapan “ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka” dalam ayat di atas sungguh menarik. Penelitian yang dilakukan pada tahun tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahwa bagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak, terletak pada bagian depan tulang tengkorak. 

Para ilmuwan hanya mampu menemukan fungsi bagian ini selama kurun waktu 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur’an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu. 

Jika kita lihat bagian dalam tulang tengkorak, di bagian depan kepala, akan kita temukan daerah frontal cerebrum (otak besar).

Buku berjudul Essentials of Anatomy and Physiology, yang berisi temuan-temuan terakhir hasil penelitian tentang fungsi bagian ini, menyatakan: Dorongan dan hasrat untuk merencanakan dan memulai gerakan terjadi di bagian depan lobi frontal, dan bagian prefrontal. Ini adalah daerah korteks asosiasi…(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , s. 410-411)

Buku tersebut juga mengatakan: Berkaitan dengan keterlibatannya dalam membangkitkan dorongan, daerah prefrontal juga diyakini sebagai pusat fungsional bagi perilaku menyerang(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211)

Jadi, daerah cerebrum ini juga bertugas merencanakan, memberi dorongan, dan memulai perilaku baik dan buruk, dan bertanggung jawab atas perkataan benar dan dusta.

Jelas bahwa ungkapan “ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka” benar-benar merujuk pada penjelasan di atas. Fakta yang hanya dapat diketahui para ilmuwan selama 60 tahun terakhir ini, telah dinyatakan Allah dalam Al Qur’an sejak dahulu

Isnin, 3 April 2017

Pendekatan Ilmu Sains

Kemampuan seseorang berbeza-beza dalam menafsirkan al-Qur’an,  ada yang mampu memahami al-Qur’an dari aspek matematik, psikologi, astronomi, fizik, biologi, anatomi, teknologi, genetika, dan  sebagainya. Hal ini menunjukkan keluasan kandungan al-Qur’an yang mencakupi berbagai disiplin ilmu tidak hanya mengikat sekitar perbahasan seperti balaghah, nahwu, sharaf, ulumul qur’an seperti asbabun nuzul, makki madani, nasikh mansukh, qashashul qur’an, ilmu tafsir, dan sebagainya.


Ulumul Qur’an adalah sebuah pisau atau metodologi untuk dapat membuka dan menelaah al-Qur’an secara lebih mendalam dan luas sebagaimana beberapa kitab Ulumul Qur’an yang sudah popular di kalangan umat Islam seperti al-Burhan Ulum al-Qur’an karya al-Zarkasyi, al-Itqan fi Ulum al-Qur’an karya al-Suyuthiy, al-Nasikh wa al-Mansukh karya Ibnu Salamah, al-Tibyan fi Ulum al-Qur’an karya al-Shabuniy, Mabahits fi ‘ulum al-Qur’an karya al-Qaththan, dan lain sebagainya masih banyak lagi.

Ini sebuah metodologi, kita boleh mengembangkan secara lebih luas lagi jika tengah menemukan teori-teori baru yang dapat memberikan pemahaman baru terhadap umat Islam. Pendekatan al-Qur’an terkadang tidak hanya dapat didekati dengan satu titik ilmu saja, namun memerlukan beberapa pendekatan ilmu lain seperti perubatan, psikologi, teknologi, matematika, fizik, biologi, anatomi, genetik, dan sebagainya.

Misalnya, dalam surat al-Baqarah: 234 yang bermakna setiap istri yang ditinggalkan mati oleh para suaminya mempunyai ‘iddah harus menunggu selama empat bulan sepuluh hari jika hendak menikah lagi. Dalam teori usul fikih, maqashid dari adanya ayat ini adalah bertujuan Li Bara`ati al-Rahmi artinya untuk melihat ada atau tidak adanya janin di dalam rahim si perempuan tersebut. Logika saat ini, sekarang untuk melihat ada atau tidaknya janin tak perlu menunggu sampai empat bulan sepuluh hari, cukup dengan USG kita dapat melihat ada dan tidaknya janin tersebut sebelum waktu yang dicantumkan dalam al-Qur’an.

Ayat tersebut seolah-olah tidak tahu dengan adanya perkembangan teknologi masa kini, seakan-akan tak berlaku kembali apa yang disebutkan empat bulan sepuluh hari dalam al-Qur’an itu. Akan tetapi, ada seorang pakar genetika, Robert Guilhem yang menemukan ayat tentang masa ‘iddah perceraian di dalam al-Quran surat al-Baqarah: 228 yang bermakna, para istri yang dicerai hendaknya menunggu selama tiga kali suci. Para ulama sepakat tiga kali suci itu adalah tiga bulan. Pertanyaan dari seorang Robert Guilhem, mengapa harus menunggu selama tiga bulan?

Setelah sekian lama meneliti, ternyata setiap perempuan yang menikah kemudian mereka bercerai, maka bekas mantan suaminya dapat hilang selama tiga bulan, sebelum tiga bulan bekas tersebut masih ada di perempuan tersebut, apalagi setelah empat bulan sepuluh hari. Lihat lengkapnya Robert Guilhem: http://indonesia.faithfreedom.org/forum/robert-guilhem-gara-gara-iddah-masuk-islam-t49976/#p883179.

Hal ini menunjukkan bahwa, al-Qur’an perlu pendekatan ilmu-ilmu al-Qur’an dan beberapa aspek disiplin ilmu sains supaya lebih terasa manisnya bagi orang yang kehausan, petunjuknya bagi orang yang dalam kegelapan, ubat bagi orang yang sedang sakit jiwanya, dan bagi semua orang yang hendak menyelami lautan ilmu dan hidayah dari al-Qur’an.


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/06/28/35953/al-quran-dan-ilmu-ilmu-al-quran/#ixzz4dFh7IjQB 
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Alhamdulillah
segala puji pujian hanya layak bagi Allah
selawat serta salam buat Nabi Akhir zaman Muhammad Ibn Abdullah al arabi al ummiy

17 Ilmu yang harus dikuasai agar dapat memahami Al Quran dengan baik adalah seperti berikut ;
1. Ilmu Mawathin al-Nuzul.
Yaitu ilmu yang menerangkan tempat-tempat turunnya ayat, masanya, awal dan akhirnya. Kitab yang membahas ilmu ini banyak. (Diantaranya ialah al-Itqan, tulisan al-Suyuthi)
 2. Ilmu Tawarikh al-Nuzul.
Yaitu ilmu yang menerangkan dan menjelaskan masa turun ayat dan tertib turunnya, satu demi satu, dari awal turun hingga akhirnya, dan tertib turun surat dengan sempurna.
 3. Ilmu Asbab al-Nuzul.
Yaitu ilmu yang menerangkan sebab-sebab turun ayat. (Diantara kitab yang menjelaskan hal ini ialah Lubab al-Nazul karangan al-Suyuthi)
 4. Ilmu Qira'at.
Yaitu ilmu yang menerangkan rupa-rupa Qira'at (bacaan al-Qur'an yang diterima dari Rasulullah SAW). (Seindah-indah kitab untuk mempelajari ilmu ini ialah kitab al-Nasyr Fi Qira'at al-Asyr, tulisan Ibnu Jazary)
 5. Ilmu Tajwid.
Ilmu yang menerangkan cara membaca al-Qur'an, tempat mulai dan pemberhentianny­a, dan lain-lain yang berhubungan dengan itu.
 6. Ilmu Gharib al-Qur'an.
Ilmu yang menerangkan makna kata-kata yang ganjil yang tidak terdapat dalam kitab-kitab biasa, atau tidak terdapat dalam percakapan sehari-hari. Ilmu ini menerangkan makna kata-kata yang halus, tinggi, dan pelik.
 7. Ilmu I'rabil Qur'an.
Ilmu yang menerangkan baris al-Qur'an dan kedudukan lafaz dalam ta'bir (susunan kalimat). Di antara kitab yang memenuhi kebutuhan dalam membahas ilmu ini ialah Imla' al-Rahman, karangan Abdul Baqa' al-Ukbary.
 8. Ilmu Wujuh wa al-Nazhair.
Yaitu ilmu yang menerangkan kata-kata al-Qur'an yang banyak arti; menerangkan makna yang dimaksud pada satu-satu tempat. (Ilmu ini dapat mempelajari dalam kitab Mu'tarak alAqran, karangan al-Suyuthi)
 9. Ilmu Ma'rifat al-Muhkam wa al-Mutasyabih.
Ilmu yang menyatakan ayat-ayat yang dipandang muhkam dan ayat-ayat yang dianggap mutasyabih. (Salah satu kitab mengenai illmu ini ialah al-Manzhumah al-Sakhawiyah, susunan Imam al-Sakhawy)
 10. Ilmu Al-Nasikh wa Al-Mansukh.
Yaitu ilmu yang menerangkan ayat-ayat yang dianggap mansukh oleh sebagian mufassir. (Untuk mempelajari ilmu ini dapat dibaca kitab al-Nasikh wa al-Mansukh, susunan Abu Ja'far al-Nahhas dan al-Itqan karangan al-Suyuthi)
 11. Ilmu Bada'i Al-Qur'an.
Ilmu yang membahas keindahan-keind­ahan Al-Qur'an. Ilmu ini menerangkan kesusasteraan Al-Qur'an, kepelikan-kepel­ikan dan ketinggian-keti­nggian balaghah-nya. (Untuk ini dapat juga dibaca kitab al-Itqan karangan al-Suyuthi)
 12. Ilmu I'jdazal-Qur'an.
Yaitu ilmu yang menerangkan kekuatan susunan tutur al- Qur'an, sehingga ia dipandang sebagai mukjizat, dapat melemahkan segala ahli bahasa Arab. (Kitab yang memenuhi keperluan ini ialah I’jaz al-Qur'an, karangan al-Baqillany)
 13. Ilmu Tanasub Ayat al-Qur'an.
Ilmu yang menerangkan persesuaian antara suatu ayat dengan ayat sebelum dan sesudahnya. (Kitab yang memaparkan ilmu ini ialah, Nazhmu al-Durar karangan Ibrahim al-Riqa'iy)
 14. Ilmu Aqsam al-Qur'an.
Yaitu ilmu yang menerangkan arti dan maksud-maksud sumpah Tuhan atau sumpah-sumpah lainnya yang terdapat di dalam al-Qur'an.
 15. Ilmu Amtsal al-Qur'an.
Ilmu yang menerangkan segala perumpamaan yang ada dalam al-Qur'an.(Kitab yang dapat dipelajari untuk ilmu ini antara lain Amtsal al-Qur'an karangan al-Mawardi)
 16. Ilmu Jidal Al-Qur'an.
Ilmu untuk mengetahui rupa-rupa debat yang dihadapkan Al- Qur'an kepada kaum musyrikin dan lain-lain. Ayat-ayat yang mengandung masalah ini. (Dikumpulkan oleh Najamuddin al- Thusy)
 17. Ilmu Adab al-Tilawah al-Qur'an.
Yaitu ilmu yang mempelajari segala bentuk aturan yang harus dipakai dan dilaksanakan di dalam membaca al-Qur'an. Segala kesusilaan, kesopanan dan ketentuan yang harus dijaga ketika membaca al-Qur'an. Salah satu kitab yang amat baik.
Sumber : YusufAl-Buchory Bin AL-Azhar in TASHOWWUF ILMU PENJAGA BATHIN DAN MANISNYA IBADAH dan diposting kembali oleh:Abdul Qodir Al-Busthomi III, MKub dalam kitab Al-Tibyan, karangan al-Nawawy)

Selasa, 14 Mac 2017

ASAL USUL KEHIDUPAN MENURUT AL QURAN

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ    ٣٠

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (30)

SURAH AL ANBIYA' AYAT 30

وَٱللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَآبَّةٍ۬ مِّن مَّآءٍ۬‌ۖ فَمِنۡہُم مَّن يَمۡشِى عَلَىٰ بَطۡنِهِۦ وَمِنۡہُم مَّن يَمۡشِى عَلَىٰ رِجۡلَيۡنِ وَمِنۡہُم مَّن يَمۡشِى عَلَىٰٓ أَرۡبَعٍ۬‌ۚ يَخۡلُقُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ 

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Maksudnya : Setiap hewan berasal dari nuthfah (air mani) dan dia adalah air dan tumbuh-tumbuhan tidaklah dapat tumbuh kecuali dengan air, dan ini sesuai dengan pendapat sebagian ulama yang mengatakan bahwa setiap hewan diciptakan peratama kali di laut kemudian berpindah kepada beberapa jenis hewan di daratan lalu mereka dibentuk sesuai dengan tabiat daratan bersamaan dengan perjalanan waktu. Dan sebagaimana diketahui bahwa hewan-hewan dan tumbuh-tumbuhan sesungguhnya diciptakan dari air. (markaz al Fatwa no. 18274)

alangkah hebatnya Allah memberikan kita jawapan atas misteri alam ini. Misteri asal kejadian haiwan masih dikaji oleh para saintis dengan pelbagai teori yang masih dibuktikan. Unsur AIR adalah antara yang paling PENTING dalam pembentukan kehidupan. SUBHANALLAH fakta ini merupakan satu pembuktian MUKJIZAT al Quran.








Isnin, 13 Mac 2017

marilah kita berkenalan dengan al Quran

Apakah al Quran? Bagaimanakah nama tersebut diungkapkan? daripada asalnya?

persoalan ini perlulah kita jawab dengan tepat agar kita benar benar memahami al Quran

mari kita mulakan dengan perkataan AL QURAN

1. pandangan pertama mengatakan bahawa perkataan AL QURAN berasal daripada perkataan
QARA A yang bermaksud MENGUMPUL dan menghimpunkan huruf dan kata kata dalam satu ucapan yang tersusun rapi

2. pandangan kedua mengatakan asal perkataan AL QURAN adalah QARANA yang bermaksud MENGHUBUNGKAN sesuatu dengan yang lain.

3. Pandangan ketiga antaranya dari imam Syafiie ialah bahawa perkataan AL QURAN adalah asli dan tidak berasal dari mana mana perkataan kerana ianya adalah satu NAMA KHAS yang diberikan Allah bagi wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

Ahad, 12 Mac 2017

Mari Mengenal Al Quran

Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang paling sempurna, Selawat serta salam titipan buat Rasul kecintaan 

sebelum mempelajari sesuatu kita seWAJIBnya mengenalinya terlebih dahulu. Demikian jugalah dengan Al Quran yang semestinya kita fahami dahulu tentangnya sebelum kita mendalaminya . Penulis hanyalah seorang hamba Allah yang penuh kelemahan. Catatan ini adalah hasil kajian melalui pelbagai dapatan yang boleh penulis ketengahkan bagi membantu diri penulis dan rakan rakan diluar sana untuk mengenal, memahami dan mendalami seterusnya mengamalkan Al Quran dengan tepat , jelas dan diterima segala amal disisi Allah yang menganugerahkan Al Quran ini kepada kita.

sebagaimana seruan Allah dalam surah al a'raf untuk kita renungkan

وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ( ٢٠٤

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (204)

jelas disini akan seruan mulia lagi kasih daripada Allah bagi hamba hambaNya. Mudah mudahan hati kita kurniakan Nur cahaya dan kebahagiaan dalam mendalami Al Quran.